Sunday, June 26, 2011

Selamat Datang ke Indonesia….

Tanggal 4 MAC 2011, Jumaat --- tarikh yg begitu meninggalkan kesan mendalam dalam hati.  Hati yg berat utk tinggalkan keluarga, sahabat2, rakan2, kampung halaman dan Malaysia tercinta.  Namun, pemergian ke sana bukan hanya utk cuti2 kosong, melancong atau bersuka-ria, tapi tuntutan dalam menjalankan program internship-mobiliti antarabangsa UPM selama 5 bulan.  Ya 5 bulan, terlalu lama bagiku....

Seberat2 hati takde laa sampai nak meraung kat KLIA tu kan..(source:google)

Pastu takde laa gaya konon macam pelancong abis!!!..kau student okeyy!!...(source:google)

Terharu dan rasa bahagia bila ahli keluarga, teman2 baik dan rapat, geng2 sekuliah, ada juga senior dan junior yg datang sebagai sokongan memberi lambaian terakhir buat aku dan juga 2 orang lagi kawan sekelas turut ke sana.  Suasana di KLIA waktu tu tak berapa sesak, biasa2 dan lengang.  Sedikit sebanyak timbul rasa sepi dan hiba sewaktu nak tinggalkan mereka.  Salam sudah bergambar pun sudah, kemudian melangkah laa kaki  ni ke dalam check-in dan menuju ke kapal terbang. 

Naik MAS tu!!!...banyak UPM duit...alaa gomen bese laa.. :) (source:google)

Member2 yg datang...thanks korang!!..sob..sobb...foto dgn famili & member lain takde :(


Nah, terasa berbeza bila berada di dalam kapal terbang MAS.  Banyak beza dengan Air Asia.  Ye la, harga pun beza banyak juga la kan.  Kerusi lebih luas, ruang kaki luas, layanan krew kabin mesra sekali, paling penting makanan sedap siap ada sampingan lagi dan jus oren!!!..memang kenyang masa tu.  Sampaikan tak terfikir apa yg telah ditinggalkan tadi tu, sedihnya tu.  Pandai orang UPM bagi tiket MAS kan…hehehe.

Ada nasi beriani, kek buah, coklat..memang kenyang!!..

Tu haa jus oren dia...sikit beno pon... :)

Adduuhh!!!..memang aku terpana, dup dap dup dap jela...(source:google)

2 jam berlalu, tak terasa sudah sampai di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta.  Tapi dalam bahasa Indonesia diistilahkan sebagai Bandara Soekarno Hatta (Bandar Udara).  Waah, Bandar udara tu.  Lapangan terbang tak secanggih KLIA, rekabentuk tak moden, nampak seperti lama tapi nah terserlah rekabentuknya yang melambangkan identiti Republik Indonesia, mengetengahkan elemen natural dan tradisional.  Setelah itu, dijemput oleh Pak Ayie, suami pensyarah kami di UPM, Puan Ina Krisantia yg juga warga Indonesia yg turut menguruskan tempat berteduh sepanjang kami di sini.

Pandangan dari udara Bandara Soekarno-Hatta..style kan design dia!!..(source:google)

Hehehe...pecah lak foto dia, nak tunjuk nama Bandar Udara tu..cool sangat!!!.(source:google)


Ni la Pak Ayie, suami Puan Ina yg jemput kami...hehehe.

Setelah bersalaman dan memperkenalkan diri, maka dibawalah kami ini ke mobilnya..ehh silap ke keretanya... # dah tukar bahasa lak, padahal baru sampai!..LOL!!!...Mereka siap ada pemandu sendiri  lagi (istilah pemandu di sini, supir).

Confirm ke cepat sampai???..Terbang??..Kau boleh??..(source:google)


Dan bermulalah perjalanan yg lama menuju ke Bogor, kota yg mana akan kami diami dan menjalani latihan internship di sana.  Agak lama perjalanan dari Jakarta, traffic jam nya pehhh Tuhan saja yg tahu.

Peta Jakarta ke Bogor, tak berapa jauh kot...tapi lama sebab sepanjang jalan sesak, bergerak macam kura2!!!.(source:google)

Sepanjang perjalanan Pak Ayie berbual dan bercerita macam2 tentang keadaan di sini, orang2nya, masalah, persekitaran dan dibandingkan dengan Malaysia.  Ternyata Pak Ayie sangat2 faham dan tahu keadaan di Malaysia kerana banyak kali ke sana, yela nak juga menemani isteri tercinta kadang2 kan..heheheh...

Semanis kurma, seindah sutera....sweeettt!!!..(source:google)

  Ooh lupa, waktu dah bertukar rupanya, awal sejam dari Malaysia.  Tapi Indonesia juga banyak waktu, kami di sini menggunakan WIB (waktu Indonesia Barat) bagi kawasan Indonesia Barat.  Tiba di rumah ibu Pak Ayie hari sudah malam.  Awal malamnya, jam 6.00 petang dah mula gelap.  Kami disambut seorang nenek iaitu ibu Pak Ayie sendiri, mahu di panggil Ibu aja, namanya Ibu Hjh.Kusmansyah dan tinggal seorangan, Pak Ayie tinggal di Jakarta tapi kerja luar jauh2.  Ibu nampak senyap dan tenang je.

Kalau nenek tu sambut aku macam ni ponnn takkan aku terpana!!!..(source:google)
 

Seronok Ibu dapat peneman.  Yela selama ni sorang2 je kat umah.  Dan dengan itu, dapatlah aku 1 bilik, Shida dan Leha berkongsi 1 bilik.  Keadaan rumah okay sangat2, nampak kemas dan lengkap.

Luas & bersih kan???..yg ada pintu kat kanan tu akses ke ruang makan & dapur basah..
Ni set sofa kat ruang tamu....ada gaya2 klasik tradisional sikit...nice!!!..



Selesai perkenalan dan menyimpan barang, maka tiba masanya utk Pak Ayie pulang ke Jakarta.  Sempat dia memberitahu, “Gunakan aja apa yg ada di dalam rumah ini.  Kalau mau masak pakai aja dapurnya, kalau mau nyuci baju mesin basuhnya ada, lemari es (peti ais) ada…guna aja”.  Ya aku ingat, mereka juga ingat.  Pastilah boleh guna, bayar sewa tiap bulan kan.

Memang tak keluar umah laa kan!!..silap2 tido situ je...(source:google)


Setelah itu, berpisahlah kami dan kini, bermulalah kehidupan baru sebagai anak perantau di Kota Bogor, Indonesia!!!....

AKU PERANTAU!!!...(source:google)

# Bogor digelar Kota Hujan, sebab kerap hujan.  Kalau dulu2, sentiasa je hujan --- kata2 Pak Ayie

No comments:

Post a Comment